fbpx
Amirudin pada perasmian Pecah Tanah Projek Ladang Berskala Besar (LSS5) di Bestari Jaya, Kuala Selangor. Foto oleh M. FIRDAUS M. JOHARI

Rumah ibadat: Selangor ambil tindakan undang-undang secara berhemah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA SELANGOR – Rumah ibadat yang dibina di atas tapak tidak sah di Selangor akan diambil tindakan mengikut lunas undang-undang dan pendekatan secara berhemah.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberi kuasa penuh kepada kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) ‘membersihkan’ rumah ibadat tidak sah akan mempercepatkan pelaksanaan tindakan sedia ada di negeri ini.

Menurut beliau, Selangor mempunyai sistem tersusun sejak 15 tahun lalu menerusi Jawatankuasa Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) yang kini dikenali sebagai Jawatankuasa Rumah Ibadat Lima Agama Selangor (LIMAS).

“Sepanjang tempoh itu, kita bukan saja membenarkan rumah ibadat beroperasi di lokasi sesuai dan sah malah mengambil tindakan meroboh atau melupuskan rumah ibadat yang dibina secara tidak teratur.

“Puluhan tindakan sememangnya telah dilaksanakan dan rekod itu ada sejak 2015 lagi,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar perasmian Pecah Tanah Projek Ladang Berskala Besar (LSS5) di Bestari Jaya di sini, hari ini.

Semalam, Anwar menggesa semua kerajaan negeri termasuk ditadbir pembangkang mematuhi ketetapan kerajaan Persekutuan berhubung pembinaan rumah ibadat secara tidak sah bagi memastikan keselamatan dan kematangan negara pada masa hadapan.

Kata Amirudin, hak penganut agama untuk beribadat tetap dihormati namun perlu dilakukan di lokasi sah dan tidak melanggar undang-undang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI