PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan hari ini.
Menerusi satu hantaran yang dikongsi di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pertemuan itu telah diadakan di Istana Negara.
“Seri Paduka Baginda berkenan dipersembahkan taklimat mengenai perancangan serta hala tuju strategik kementerian,”tulis hantaran itu. – KOSMO! ONLINE














