fbpx
KEMALANGAN membabitkan Perodua Myvi dan Toyota Hilux di Kampung Batu 1, Jalan Tanjung Tualang, Batu Gajah pada pukul 9.45 malam semalam yang menyebabkan dua wanita di Perodua Myvi meninggal dunia. - FOTO IHSAN JBPM PERAK

Pemandu Hilux korbankan tiga sekeluarga positif dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BATU GAJAH – Pemandu kenderaan Toyota Hilux yang bertembung dengan Perodua Myvi dalam nahas sehingga mengorbankan tiga sekeluarga di Kampung Batu 1, Jalan Tanjung Tualang di Batu Gajah semalam didapati positif dadah.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Md. Noor Aehawan Mohamad berkata, ujian saringan air kencing mendapati pemandu kenderaan pacuan empat roda terbabit positif dadah jenis tetrahidrokannabinol (THC).

“Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan. Pemandu Toyota Hilux berkenaan ditahan bagi membantu siasatan,” katanya.

Katanya lagi, ketika kejadian pada kira-kira jam 9.50 malam semalam itu, Toyota Hilux dipandu lelaki berusia 27 tahun terbabit dalam perjalanan dari Kampar ke Bemban.

“Siasatan awal mendapati pemandu Toyota Hilux tersebut dipercayai memotong sebuah kenderaan lain sebelum bertembung dengan Perodua Myvi yang datang dari arah bertentangan. Akibat perlanggaran tersebut, pemandu Myvi berusia 34 tahun serta penumpang wanita berusia 65 tahun disahkan maut di lokasi kejadian” katanya.

Tambah beliau, seorang lagi penumpang, iaitu kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun, pula meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Batu Gajah manakala pemandu Hilux hanya mengalami kecederaan ringan melibatkan sakit pada lutut serta tangan kiri dan kanan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN