fbpx
Tangkap layar video menunjukkan pelancong itu membuang air besar di tengah jalan di Pattaya baru-baru ini. - Facebook

Pelancong selamba berak tengah jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Seorang pelancong warga Russia menerima kecaman orang ramai apabila dirakam bersahaja membuang air besar di tengah jalan raya di Thailand, lapor portal berita Thaiger semalam. 

Kejadian berlaku di bandar Pattaya, baru-baru ini. 

Rakaman video dimuat naik di platform Facebookl menunjukkan seorang pemandu e-hailing sedang menunggu pelancong terbabit mencangkung sambil melondehkan seluarnya untuk membuang air besar di tengah jalan. 

Selepas video itu tular, pemandu itu menjelaskan bahawa pelancong berkenaan telah menempah perjalanan untuk pergi ke sebuah kondominium. 

“Dengan jarak beberapa ratus meter sebelum sampai ke destinasi, dia tiba-tiba turun daripada motosikal tanpa sebarang amaran lalu membuang air besar di khalayak ramai. 

“Situasi bertambah buruk apabila dia tidak mempunyai tisu atau air untuk membersihkan dirinya. Bimbang tempat duduk akan menjadi kotor, saya membatalkan perjalanan tersebut.

“Pembatalan itu menyebabkan kerugian sebanyak 32 baht (RM4). Saya sanggup menerima kerugian itu daripada mengambil risiko kerosakan terhadap kenderaan dan kebersihan diri,” kata pemandu itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN