KUALA LUMPUR – Majlis Pemerkasaan Perniagaan Malaysia (MPPM) komited untuk meneruskan peranan sebagai jambatan strategik antara kerajaan dan komuniti industri bagi memperkukuh ekosistem perniagaan serta daya saing ekonomi negara.
Presiden MPPM, Prof. Zam@Ab Razak Zamri berkata, kerjasama erat dan dialog berterusan antara kerajaan dan pemain industri amat penting bagi memastikan dasar yang dirangka selari dengan keperluan sebenar dunia perniagaan.
“MPPM berperanan menyampaikan pandangan dan cabaran industri kepada kerajaan secara teratur dan konstruktif, di samping membantu industri memahami serta melaksanakan dasar-dasar kerajaan dengan lebih berkesan,” katanya dalam satu kenyataan sempena Majlis Anugerah Pakar Industri IS 2026 hari ini.
Majlis tersebut dirasmikan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.
Sehingga kini MPPM telah menganugerahan hampir 200 penerima IS yang merangkumi pelbagai bidang utama termasuk kecerdasan buatan (AI), kesenian, keusahawanan, teknologi dan inovasi.
Jelasnya, setiap IS ini mempunyai kepakaran masing-masing dan ketika ini kebanyakan mereka telah menjalinkan kerjasama dengan pihak kerajaan, industri dan juga usahawan.
Dalam pada itu, beliau berkata, anugerah itu turut menjadi platform penting untuk memperkukuh hubungan strategik antara kerajaan dan industri dengan menghimpunkan pembuat dasar, pemimpin industri serta komuniti perniagaan dalam satu majlis pengiktirafan.
“Anugerah ini mencerminkan kesepakatan bahawa kejayaan ekonomi negara adalah hasil kerjasama bersama antara kerajaan dan industri.
“Ia juga penyatuan suara industri, khususnya melibatkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), perlu dilaksanakan secara berfakta dan berorientasi
“Ini kerana usahawan dan pemain industri bukan sahaja penyumbang utama kepada ekonomi negara, malah rakan strategik kepada kerajaan dalam pembangunan negara,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE














