fbpx
Perkongsian oleh MPAJ yang dimuat naik di media sosial, baru-baru ini.

MPAJ buka kaunter beli tikus RM3 seekor, apa tunggu lagi?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Inisiatif Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menawarkan pembelian tikus sebanyak RM3 seekor sempena Kempen Membasmi Tikus 2026, menarik perhatian orang ramai.

Pihak pengurusan MPAJ memaklumkan, semua tikus yang ingin dijual boleh dihantar dalam keadaan masih hidup ataupun sudah mati ke kaunter disediakan di Pasar Pandan Jaya sejak Sabtu lalu hingga Jumaat ini.

“Kaunter pembelian tikus itu dibuka pada 7 hingga 13 Februari ini bermula pukul 9.30 pagi hingga 1 tengah hari.

“Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Rosniza Che Harun atau Mohd Faridz Mokhtar di talian 03-42857007,” kata pihak MPAJ menerusi kenyataan, baru-baru ini.

Orang ramai yang teruja dengan insiatif berkenaan turut meninggalkan komen pada hantaran tersebut.

“Jom memburu,” ujar @Khai Rzbh.

“Yati Zakaria, bagi jadi,” komen @Affa Anwar.

“Bandar Baru Ampang banyak betul. Bersepah pun ya dekat lorong hala Texas Chicken tu. Bole la siapa rajin buka perangkap di situ,” ujar Noorina Md Som. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN