fbpx
Mohd. Luqman keluar dari kamar mahkamah selepas tidak mengaku bersalah berpakaian dan berkelakuan wanita di Mahkamah Tinggi Terengganu, Kuala Terengganu hari ini.

‘Miera Martoza’ didakwa berpakaian wanita dibicara 17 Mei depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Seorang jurujual kedai permainan kanak-kanak bakal dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu di sini atas pertuduhan berlagak dan berpakaian menyerupai wanita pada tahun lalu.

Hakim Syarie Hamidi Shafie memerintahkan demikian selepas tertuduh, Mohd. Lukman Mohamad Aluddin, 33, atau dikenali sebagai ‘Miera Martoza’ mengekalkan pengakuan tidak bersalah hari ini.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa memakai pakaian dan berkelakuan seperti perempuan di tempat kerjanya pada 12 Mei tahun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 33 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Tarikh perbicaraan ditetapkan bermula pada 17 Mei depan.

Kosmo! 15 Januari lalu melaporkan Mohd. Luqman pernah didenda RM1,800 atas kesalahan sama pada 25 November 2024. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI