fbpx
Gambar hiasan. JANAAN AI

‘Mahalnya baju raya perempuan, bukan puasa penuh pun’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Mahalnya baju raya perempuan”.

Itu kenyataan seorang lelaki yang mempertikaikan harga baju raya wanita yang disifatkan tinggi dijual di pasaran.

Lebih berani, individu berkenaan turut ‘berani mati’ mempersoalkan harganya tidak sepadan sedangkan wanita tidak ‘berpuasa penuh’ di bulan Ramadan.

“Bukannya puasa penuh pun,” tambahnya di media sosial menerusi profil @Farismhdzr.

Walaupun hantarannya itu berisiko menerima ‘serangan’ daripada kaum wanita, bagaimanapun ia meraih pelbagai komen lucu netizen.

“Haha, awal sangat cari gaduh bang!,” komen @Bigboss_1077.

“Tak baik tau, tapi betul bang mahal. Nak beli pun fikir dua tiga kali,” ujar @Hannanmunirah.

“Kau ingat kita orang tak ganti puasa ke,” soal @Asma_tsukkichi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN