fbpx
JDT akan turun menentang gergasi Jepun dalam saingan ACLE di Hiroshima malam ini.

Kekuatan sebenar JDT bakal diuji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALITI sebenar Johor Darul Ta’zim (JDT) akan benar-benar diuji bagi memastikan tiga mata pada aksi Liga Juara-Juara Elit (ACLE) menentang Sanfrecce Hiroshima di Edion Peace Wing Hiroshima, Jepun hari ini.

Walaupun dijangka mendapat tentangan sengit daripada kelab Jepun itu, Harimau Selatan pasti tidak akan mengalah awal memandangkan motivasi pasukan sedang berada pada tahap terbaik selepas layak ke separuh akhir Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC).

Kemenangan cukup penting buat JDT untuk menempatkan diri dalam kelompok lapan terbaik ke pusingan seterusnya memandangkan skuad kendalian Xisco Munoz dijadualkan menentang pendahulu carta, Vissel Kobe pada 17 Februari ini.

Selain memiliki skuad besar, persembahan positif penjaga gol, Andoni Zubiaurre yang menyelamatkan dua sepakan penalti pada aksi menentang Nam Dinh FC, Khamis lalu menghadirkan kelegaan buat Munoz.

“Kami tahu (kualiti Zubiaurre) kerana kami bekerja setiap hari dengannya dan kami sedar kapasiti dirinya. Saya gembira dengannya keran saya tahu dia bekerja keras setiap hari.

“Dia tidak memiliki banyak peluang (bermain) namun apabila dia memiliki peluang, dia berikan tahap permainan seperti ini,” katanya.

Untuk rekod, Harimau Selatan layak ke pusingan 16 ACLE dalam saingan musim lalu sebelum tewas tipis 0-1 secara agregat kepada kelab Thailand, Buriram United.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN