fbpx
Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran kereta Peroda Axia terlibat kemalangan yang meragut nyawa Mohd. Junaidi di KM 13, Jalan Pakaz Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun hari ini.

Juruteknik maut, Perouda Axia terbakar dirempuh Hilux

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUNGUN – Seorang juruteknik sebuah syarikat minyak dan gas maut dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Kilometer 13, Jalan Paka-Bandar Al Muktafi Billah Shah, berhampiran Ketengah Jaya di sini, hari ini.

Dalam kemalangan pada pukul 7 pagi itu, mangsa, Mohd. Junaidi Mamat, 43, meninggal dunia sewaktu menerima rawatan di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya di sini.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Maizura Abdul Kadir berkata, sewaktu kejadian, Mohd. Junaidi dikatakan dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Kawasan Perindustrian Kerteh dari rumahnya di Felda Kerteh 1 di sini.

“Kemalangan dikatakan berlaku selepas sebuah kenderaan pikap, Toyota Hilux dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan lalu merempuh Perodua Axia dipandu mangsa serta sebuah kereta jenis Proton Persona.

“Impak rempuhan tersebut menyebabkan kereta Perodua Axia dinaiki mangsa terbakar,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Maizura berkata, mangsa sempat dikeluarkan pengguna jalan raya lain dari kenderaannya sebelum ia marak terbakar.

“Mangsa yang mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan telah dikejarkan ke Klinik Kesihatan Ketengah Jaya sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN