fbpx
Gambar hiasan

Johor, Sabah hujan lebat hingga tengah hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir di Johor dan Sabah hingga pukul 1 tengah hari ini.

Bagaimanapun MetMalaysia menerusi kenyataan berkata, cuaca buruk di Johor hanya melibatkan daerah Mersing dan Kota Tinggi sahaja.

“Sementara di Sabah, kawasan terlibat hanya di Sandakan,” kata kenyataan itu.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI