ANKARA – Seorang lelaki di Turkiye berdepan pandangan sinis dan kecaman setiap hari kerana memiliki wajah mirip pesalah pedofil kontroversi, Jeffrey Epstein, lapor akhbar Metro UK semalam.
Rifat Ozdemir, 55, berkata, hidup kehidupannya menjadi tidak tenteram apabila orang ramai sering menyebut bahawa dia kelihatan seperti Epstein, malah turut menerima komen berbaur penghinaan.
Rifat berkata, persamaan itu pertama kali ditunjukkan oleh anak saudaranya yang memberitahu bahawa dia kelihatan seperti Epstein, nama yang tidak dikenalinya pada masa itu.
Namun, selepas menyelidik identiti Epstein melalui laporan berita dan media sosial, Rifat berkata, dia sangat kecewa dan tidak mahu dikaitkan dengan bekas bilionair itu dalam apa jua situasi.
Menurutnya, orang ramai memandangnya dengan pandangan sinis ketika dia berjalan-jalan, membuatnya tertekan dan tidak selesa.
Dalam usaha untuk menjauhkan diri daripada persamaan itu, Rifat berkata, dia merancang untuk mengubah gaya rambut dan mempunyai janggut, walaupun belum berbuat demikian sebelum ini.
Dia juga merayu kepada orang ramai dalam satu kenyataan hujung minggu lalu agar tidak membandingkannya dengan Epstein, serta menekankan bahawa dia tidak mempunyai sebarang kaitan dengan bapa ayam tersebut. – AGENSI














