fbpx
Kelly Azman (tiga kanan) bergambar bersama barisan artis pada sidang media festival Let’s Raya Gempak Gempita Raya 2026 di WTCKL hari ini. Foto oleh SYAKIR RADIN/KOSMO!

Festival raya tanpa henti selama 88 jam bakal gegar WTCKL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Festival raya berskala nasional dan antarabangsa, Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026, bakal mencipta fenomena apabila berlangsung selama 88 jam tanpa henti di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL).

Festival yang bermula 12 Mac sehingga 15 Mac depan itu akan menggabungkan elemen keagamaan, perniagaan, fesyen, kecantikan serta hiburan patuh Ramadan.

Pengarah Projek, Kelly Azman berkata, pemilihan tarikh penganjuran iaitu 10 hari sebelum Aidilfitri dilihat amat strategik memandangkan tempoh tersebut merupakan waktu kemuncak orang ramai membuat persiapan raya.

“Pada waktu ini, pengunjung hadir dengan fokus membeli. Jualan vendor biasanya melonjak seolah-olah berniaga selama dua bulan dalam satu masa.

“Festival ini turut dimeriahkan dengan penglibatan 88 selebriti dan pempengaruh yang terlibat secara langsung menerusi aktiviti pentas, penghasilan kandungan digital secara langsung serta kolaborasi bersama jenama.

“Pendekatan ini menjadikan Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 antara acara raya terbesar dari segi pengaruh digital di Malaysia,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Kelly berkata, pemilihan WTC KL sebagai lokasi penganjuran turut meningkatkan kredibiliti festival, keyakinan vendor serta nilai jenama yang terlibat.

Menariknya, festival ini bukan sekadar platform jualan, sebaliknya turut memberi fokus kepada penjenamaan jangka panjang dengan penyertaan pelbagai jenama besar tempatan.

“Festival ini turut dimeriahkan dengan persembahan artis, manakala tugas pengacaraan dikendalikan oleh Kelly Azman, Watie Elite, Ahfad dan Sudirman Mohd Tahir.

“Selain itu, kemuncak festival pastinya menerusi cabutan bertuah bernilai sehingga RM188,888, sekali gus menjadikan acara ini antara festival Raya paling dinanti-nantikan tahun ini,”kataya.

Tambah beliau, bagi menambah keterujaan pengunjung, festival ini turut menyajikan pelbagai tarikan eksklusif termasuk segmen ‘Happy Hour Hujan Duit’ yang diadakan pada waktu-waktu tertentu dengan nilai wang tunai sehingga RM1,888.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN