fbpx
UNITED ketika ini sedang menikmati kejayaan mencatat empat kemenangan berturut-turut buat kali pertama sejak 2020. - MAN. UNITED

EPL: Man. United intai kemenangan kelima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Manchester United mengintai peluang untuk terus mengekalkan rentak kemenangan menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang West Ham United di Stadium London awal pagi esok.

Skuad The Red Devils seolah-olah mendapat nafas baharu di bawah kendalian Michael Carrick apabila sudah mencatat empat kemenangan berturut-turut dan berada dalam kelompok empat teratas liga.

Kapten United, Bruno Fernandes menganggap empat kemenangan berturut-turut merupakan satu keputusan yang baik, namun dia menggesa rakan sepasukan supaya melengkapkan aksi sempurna dengan lima kemenangan.

“Apa yang paling penting sekarang adalah kami perlu mengalihkan sepenuh fokus ke arah perlawanan seterusnya menentang West Ham. Semua pemain tahu kami perlu bekerja keras untuk mengekalkan rentak seperti ini.

“Empat kemenangan berturut-turut merupakan satu keputusan yang sangat baik tetapi sasaran kami sekarang adalah untuk menjadikan ia lima kemenangan berturut-turut,” kata pemain Portugal itu.

Pada masa sama, dia juga berharap pemain-pemain United tidak terlalu mendabik dada dan kekal merendah diri kerana perasaan terlalu yakin mampu meletakkan mereka dalam situasi berbahaya.

“Memang benar kami mendapat keyakinan setiap kali memenangi perlawanan tetapi pemain-pemain perlu kekal fokus dan tidak memandang rendah pasukan lain. Kami mahu kekalkan rentak seperti ini,” ujar Fernandes. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN