fbpx
PALMER berharap dapat mengulangi kejayaan hatrik apabila menentang Leeds awal pagi esok. - Foto ihsan Facebook Chelsea FC

EPL: Cole Palmer tekad jadikan Leeds mangsa baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pemain tengah Chelsea, Cole Palmer menganggap aksinya masih belum mencapai standard sebenar meskipun meledak hatrik ketika menewaskan Wolverhampton Wanderers 3-1 pada Sabtu lalu.

Justeru, dia berharap dapat mengekalkan prestasi sama ketika melayan kunjungan Leeds United yang akan berlangsung di Stamford Bridge awal pagi esok bagi aksi Liga Perdana Inggeris (EPL).

Palmer turut memberikan amaran bahawa dia akan menjadi lebih baik dan kembali ke prestasi sebenar sebaik sahaja kembali cergas sepenuhnya, lebih-lebih lagi di bawah kendalian pengurus baharu, Liam Rosenior.

“Saya tidak pernah mengalami kecederaan sebelum ini, jadi ia merupakan perkara baharu dalam karier. Saya masih sedang menyesuaikan diri untuk menguruskan masalah kecederaan seperti ini.

“Ia sangat mengecewakan apabila bermain dalam keadaan kurang cergas. Bagaimanapun, saya tahu kemampuan diri jika cergas sepenuhnya dan sekarang saya hanya perlu bersabar dengan situasi,” katanya.

Walaupun mencatat sejarah apabila menjadi satu-satunya pemain Chelsea yang meledak empat hatrik dalam EPL, pemain England itu tetap meletakkan kejayaan pasukan sebagai matlamat utama.

“Secara jujur, saya tidak terlalu berikan perhatian kepada pencapaian peribadi kerana pasukan lebih penting. Bagaimanapun, dapat mencetak nama selaku penjaring adalah sangat menggembirakan,” ujar Palmer. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN