fbpx
Tangkap layar pemandu Axia membaling kon ke arah sebuah kenderaan lain di Plaza Tol LDP, Sabtu lalu.

Baling kon plaza tol: Suspek serah diri, didakwa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUBANG JAYA – Pemandu Perodua Axia yang dipercayai terlibat insiden membaling kon di Plaza Tol Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) telah tampil menyerah diri kepada polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pemilik kenderaan yang merakam kejadian menggunakan kamera papan pemuka juga telah dikesan dan tampil membuat laporan polis kira-kira pukul 11.20 pagi, semalam.

Menurut beliau, individu berkenaan merupakan lelaki bukan warganegara berusia 54 tahun yang memandu sebuah Perodua Myvi berwarna ungu.

“Siasatan mendapati punca kejadian adalah salah faham di jalan raya semasa suspek cuba memasuki lorong Touch ‘n Go dan hampir bergesel dengan kenderaan Perodua Myvi tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Azlan berkata, suspek iaitu lelaki tempatan berusia 35 tahun dari Kuala Lumpur telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya kira-kira pukul 11 pagi, hari ini.

Tambahnya, kertas siasatan telah dirujuk kepada pihak pendakwa raya Shah Alam dan arahan telah diberikan supaya suspek dituduh di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil.

“Suspek dijangka dituduh di Mahkamah Shah Alam pada esok, pukul 9 pagi,” ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, polis mengesan seorang pemandu Perodua Axia dipercayai terlibat dalam insiden membaling kon di plaza tol berkenaan selepas video kejadian itu tular di media sosial. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN