fbpx
Azalina semasa Mesyuarat Menteri Undang-Undang Komanwel 2026 (CLMM 2026) yang berlangsung di Nadi, Fiji hari ini.

Azalina bentang agenda Reformasi Undang-Undang di peringkat Komanwel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Malaysia sekali lagi mencuri tumpuan di pentas antarabangsa apabila menjadi negara pertama dari rantau Asia Tenggara membentangkan kertas perbincangan mengenai Pembiayaan Pihak Ketiga (Third-Party Funding) pada Mesyuarat Menteri Undang-Undang Komanwel 2026 (CLMM 2026) yang berlangsung di Nadi, Fiji hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, langkah itu membuktikan kesungguhan Malaysia memacu agenda reformasi perundangan sejajar dengan prinsip ketelusan, keadilan dan integriti institusi.

Menurutnya, kertas perbincangan yang dihasilkan kerajaan Malaysia itu telah diterima sebagai agenda rasmi mesyuarat, sekali gus meletakkan negara di barisan hadapan dalam membentuk dasar undang-undang progresif di peringkat Komanwel.

“Malaysia menekankan kepentingan rangka kerja seimbang bagi memastikan akses kepada keadilan dapat diperluaskan tanpa menjejaskan integriti sistem penyelesaian pertikaian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengetuai delegasi Malaysia ke CLMM 2026 yang dipengerusikan oleh Setiausaha Agung Komanwel, Shirley Botchwey bersama Menteri Kehakiman dan Pemangku Peguam Negara Fiji, Siromi Turagadari 9 hingga 10 Februari.

Dalam masa sama, Malaysia turut membentangkan hala tuju reformasi di bawah Kerangka Akauntabiliti Madani 2026, termasuk cadangan pemisahan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya, had tempoh 10 tahun jawatan Perdana Menteri, penubuhan Ombudsman Nasional serta penggubalan Akta Kebebasan Maklumat.

Langkah berani itu disifatkan sebagai isyarat jelas kesungguhan kerajaan memperkukuh tadbir urus, meningkatkan keyakinan rakyat serta memodenkan sistem perundangan negara sejajar amalan terbaik antarabangsa.

Selain itu, Asian International Arbitration Centre (AIAC) turut berkongsi perkembangan pindaan Akta Timbang Tara 2005, Kod Amalan Pembiayaan Pihak Ketiga 2026 dan Peraturan AIAC 2026 yang menekankan ketelusan serta pembiayaan bertanggungjawab.

Mesyuarat bertemakan “Anchoring Justice in Changing Tides: Strengthening the Rule of Law for a Resilient Future” itu turut menyaksikan Malaysia memainkan peranan aktif dalam perbincangan berkaitan ancaman maklumat palsu, cabaran kecerdasan buatan (AI) serta risiko rentas sempadan terhadap sistem keadilan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI