fbpx
Gambar hiasan

Status tanah punca pekebun kecil gagal dapat pensijilan MSPO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kegagalan pekebun kecil untuk mendapatkan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) lazimnya berpunca daripada isu berkaitan status tanah.

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Huang Tiong Sii berkata, ia termasuk isu pemilikan tanah khususnya melibatkan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) yang berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

“Kementerian bersama Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan MSPO sedang dan akan terus bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri bagi tujuan pengesahan pemilikan tanah yang sah serta pelaksanaan langkah-langkah pemudah cara yang bersesuaian,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Edwin anak Banta (GPS-Selangau) mengenai langkah mitigasi bagi membantu pekebun kecil kelapa sawit di Parlimen Selangau untuk menghadapi kos logistik tinggi.

Terdahulu, Tiong Sii berkata, kerajaan tidak menyediakan bantuan secara langsung kepada pekebun kecil kelapa sawit yang terkesan dengan kos logistik di Sarawak.

Bagaimanapun, katanya, bagi membantu pekebun kecil mengurangkan beban kos logistik, kerajaan menyediakan peruntukan untuk pembinaan dan naik taraf Jalan Ladang Pekebun Kecil (JLPK)

“Untuk makluman, sebanyak RM19.5 juta telah diluluskan bagi Sarawak sejak tahun 2023 termasuk RM3 juta bagi tahun 2026,” katanya.

Tambah beliau, bagi MSPO, kerajaan melalui MPOB memperuntukkan bantuan khas berupa insentif serta sokongan teknikal bagi membantu pekebun kecil yang layak memperoleh pensijilan MSPO.

Kata beliau, bantuan itu merangkumi bimbingan pematuhan serta kos pensijilan, namun pemberian bantuan tersebut tidak melibatkan sebarang pelonggaran terhadap syarat dan standard pensijilan MSPO yang telah ditetapkan.

“Semua pemegang sijil kekal tertakluk kepada keperluan pematuhan sepenuhnya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI