fbpx
Set berbuka puasa bajet untuk dua orang pelajar

Seoul Garden Korbi Grill tawar set bajet berbuka puasa untuk pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sempena bulan Ramadan Seoul Garden Korbi Grill cawangan di pusat beli belah Seksyen 14 di sini menawarkan set berbuka puasa bajet dengan tawaran harga yang menarik.

Pengusaha bersama fracais tersebut, Fieza dan Azah berkata, set bajet tersebut merangkumi set pakej untuk pelajar, pekerja dan syarikat korporat.

Menurut mereka, set tersebut merangkumi menu termasuk hidangan Korean grill dan Kimchi Hotpot pada harga bermula RM25 hingga RM55.

“Set bajet ini hanya ditawarkan di cawangan ini sahaja. Pengenalan set bajet ini bertujuan untuk memberikan pilihan kepada pengguna untuk berbuka puasa mengikut bajet sendiri tanpa membebankan.

“Ia juga membantu pelajar dan golongan bekerja menikmati pengalaman berbuka puasa ala Korea sambil menggalakkan budaya makan bersama sepanjang Ramadan,”kata mereka dalam satu kenyataan.

Mereka berkata, set pelajar dua orang merangkumi dua nasi putih, dua set namul (percuma 1 kali refill), ayam perapan, daging Keopi/Bulgogi, freeflow minuman panas atau sejuk, buah kurma, dan sos herba dan Korean BBQ.

Sementara itu, bagi set pelajar empat orang ia termasuk empat nasi putih, empat set namul (percuma 1 kali refill), dua ayam perapan, dua daging Keopi/Bulgogi, Kimchi Chicken Hotpot, freeflow minuman panas atau sejuk, buah kurma, dan sos herba dan Korean BBQ.

“Bagi set bajet pekerja empat orang, ia direka untuk suasana berbuka bersama rakan sekerja, merangkumi menu sama seperti set pelajar 4 orang dengan tambahan suasana santai untuk berbuka,”ujar mereka.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN