fbpx
MENTERI Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari (kanan) melancarkan program sukarelawan Sukma XXII dan Para Sukma di Dataran Shah Alam semalam. - SADDAM YUSOFF

Selangor sasar 80 emas, juara Sukma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KONTINJEN Selangor menyasarkan kutipan 80 emas dan menjadi juara keseluruhan Sukan Malaysia (Sukma) yang akan berlangsung di negeri itu pada Ogos depan.

Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan negeri, Mohd. Najwan Halimi berkata, sasaran itu dianggap realistik berdasarkan persiapan penuh atlet dan status sebagai tuan rumah temasya berkenaan.

Menurutnya, peluang itu bakal direbut atlet menerusi 474 acara yang dimuktamadkan bagi 37 sukan bermula 15 hingga 24 Ogos nanti.

“Sasaran itu melibatkan sukan tertentu terutama dominasi dalam acara olahraga dan renang. Itu lubuk emas kita,” katanya pada majlis pelancaran Sukarelawan Sukma dan Para Sukma Selangor di Dataran Shah Alam semalam.

Menurut Mohd. Najwan, persiapan temasya dwitahunan itu kini mencapai 80 peratus termasuk proses menaik taraf dua venue iaitu Pusat Akuatik Darul Ehsan (Seksyen 13) dan Lapang Sasar Tembak (Subang) itu.

“Proses itu dijangka siap pada Mei ini manakala semua fasiliti di 49 venue lain berjalan dengan baik,” ujarnya.

Tambah beliau, seramai 1,000 individu telah mendaftar sebagai sukarelawan Sukma dan pihaknya mampu mencapai sasaran 5,000 orang pada April depan.

Untuk rekod, Sukma Sarawak pada 17 hingga 24 Ogos 2024 menyaksikan Selangor berada di kedudukan ketiga dengan mengumpul 56 emas, 64 perak dan 61 gangsa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN