fbpx
Nik Airina pada sidang akhbar sempena Jelajah Media ke Wilayah Tengah Lebuh Raya Plus di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh, hari ini.

Plus kenal pasti 30 lokasi ‘hot spot’ kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI BULOH – Plus Malaysia Berhad (Plus) mengenal pasti sebanyak 30 lokasi ‘hot spot’ kemalangan di sepanjang lebuh raya kendaliannya dan akan menempatkan Pasukan Tindak Balas Kecemasan (ERT) di lokasi berkenaan bagi memastikan tindakan pantas dapat diambil sekiranya berlaku insiden, khususnya sepanjang musim perayaan.

Pengarah Urusan Plus, Datuk Nik Airina Nik Jaffar berkata, pasukan operasi syarikat itu telah membuat persiapan rapi dengan menempatkan ERT lebih awal di lokasi-lokasi berisiko tinggi yang dikenal pasti berdasarkan rekod kemalangan.

Menurutnya, pendekatan tersebut membolehkan bantuan diberikan dengan segera sekiranya berlaku kemalangan, sekali gus membantu melancarkan penyuraian trafik dan mengurangkan kesesakan yang biasanya berlaku ketika musim perayaan.

“Antara lokasi yang diberi perhatian khusus ialah kawasan Terowong Menora yang sering menjadi tumpuan akibat faktor geografi berbukit dan aliran trafik yang tinggi.

“Kawasan naik dan turun bukit di Terowong Menora memang kita sediakan pasukan tambahan untuk fokus kepada pengurusan trafik sekiranya berlaku kejadian luar jangka,” jelasnya.

Tambahnya, sepanjang tempoh enam hari musim perayaan dari 15 hingga 20 Februari, lebih 432 anggota ERT akan berada dalam keadaan siap siaga di beberapa lokasi strategik di sepanjang lebuh raya.

“Kehadiran mereka bertujuan memastikan sebarang kejadian dapat ditangani dengan cepat dan berkesan demi keselamatan pengguna lebuh raya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI