fbpx
Izham ketika sidang media selepas Majlis Penyerahan Kenderaan & Jentera Baharu JKR Negeri Selangor serta Majlis Surat Setuju Terima (SST) bagi Kontrak Jangka Panjang Penyelenggaraan Jalan-Jalan Negeri Selangor. Foto M. FIRDAUS M. JOHARI/KOSMO!

Pengosongan ladang babi Tanjung Sepat selesai suku ketiga tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Semua ladang ternakan babi di Tanjung Sepat, Kuala Langat akan dikosongkan sepenuhnya menjelang suku ketiga tahun ini.

Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Datuk Izham Hashim berkata, proses pengosongan ladang itu sedang berjalan secara berperingkat dalam tempoh enam bulan yang diberikan kerajaan negeri.

Tegasnya, tindakan itu dilakukan dengan mengambil kira pelbagai faktor termasuk isu pencemaran dan ancaman penyakit Demam Babi Afrika (ASF) yang dikesan masih aktif di kawasan berkenaan.

“Keputusan kerajaan Selangor adalah tidak akan memperbaharui lesen mereka (penternak) dan sekarang adalah proses pengosongan.

“Kita beri tempoh enam bulan atau sehingga suku ketiga tahun ini (September) untuk mereka selesaikan baki ternakan yang ada. Selepas itu, kawasan berkenaan mesti bersih,” katanya pada majlis penyerahan Surat Setuju Terima (SST) bagi Kontrak Jangka Panjang Penyelenggaraan Jalan Selangor di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, kata Izham, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Selangor sentiasa melakukan pemantauan ketat terhadap baki ternakan yang masih ada. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI