PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas di Semenanjung Malaysia membabitkan tiga kawasan dengan bacaan suhu mencecah 37 darjah Celsius.
MetMalaysia berkata, tiga kawasan terlibat berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) iaitu Pokok Sena dan Kulim di Kedah serta daerah tengah Pulau Pinang.
“Suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut,” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE














