fbpx
SEORANG pemotong rumput maut kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Kota Tinggi-Kulai, Kota Tinggi, hari ini

Pemotong rumput maut, dilanggar pemandu lalok dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – Seorang pemotong rumput hilang nyawa selepas terlibat kemalangan membabitkan motosikal ditunggang dengan sebuah lori yang dipandu lelaki positif dadah di Kilometer 34.5 Jalan Kota Tinggi-Kulai pagi tadi.

Kemalangan itu menyebabkan mangsa, Mohd Yasin Abdul Hashim, 27, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, kemalangan tersebut berlaku pukul 9.30 pagi membabitkan motosikal jenis Yamaha 135LC dan sebuah lori Hino.

“Hasil siasatan mendapati punca kemalangan berlaku apabila lori berkenaan yang dipandu seorang lelaki berusia 46 tahun membelok kiri tanpa perasan motosikal mangsa di sebelah kiri dari arah yang sama.

“Kemalangan tersebut menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan pegawai perubatan yang hadir di lokasi mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pemandu lori berkenaan pula tidak mengalami sebarang kecederaan. Ujian saringan air kencing mendapati positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC),” katanya dalam kenyataan.

Katanya, kes tersebut masih dalam siasatan bawah Seksyen 44(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987, jika sabit kesalahan boleh dipenjara tiga hingga 10 tahun dan denda RM20,000.

Tambahnya, pesalah juga boleh hilang kelayakan memegang lesen memandu selama tempoh lima tahun.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI