fbpx
Muhyiddin (duduk, tengah) bergambar bersama barisan peneraju, jurulatih dan peserta TGBA selepas majlis pelancarannya di Kelab Golf Tasik Puteri, Rawang, Selangor semalam.

Pemain cemerlang garapan Akademi Golf Tunas Bestari 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RAWANG – Kekangan kewangan bukan lagi masalah untuk cemerlang buat atlet muda apabila Akademi Golf Tunas Bestari (TBGA) bersedia membantu mereka untuk menjadi pemain profesional bagi golongan belia kurang berkemampuan.

TBGA dalam satu kenyataan berkata, akademi yang ditubuhkan pada 2015 di bawah naungan TSM Charity Golf diwujudkan dengan matlamat murni dan jelas iaitu untuk meruntuhkan halangan kewangan serta mendemokrasikan akses kepada latihan profesional.

Katanya, akademi itu telah berkembang dengan luar biasa dengan beralih daripada inisiatif akar umbi kepada salah satu pusat latihan berprestasi tinggi terkemuka di negara ini.

“Kami telah melahirkan juara yang bersaing di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Sepanjang sedekad lalu, kami telah membimbing pelajar terpilih berusia antara sembilan hingga 17 tahun di bawah Pengarah Program, Fergal McGeown dan jurulatih terkenal, Stewart Ginn.

“Pada 2024, pelajar TBGA mencapai kejayaan bersejarah dengan menyapu bersih kemenangan dalam setiap kategori umur di Kejohanan MSSM Perempuan,” katanya.

Terdahulu, TBGA meraikan pelajar cemerlang seperti Nur Batrisyia Balqis, Ezekiel Riz Hafi Suzearitz dan Nur Diana Syafiqah di Kelab Golf Tasik Puteri di sini semalam.

Hadir sama, Pengasasnya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengerusinya, Datuk Wan Shalihudin Wan Ibrahim.

Menurut TBGA, selain McGeown dan Ginn, pihaknya juga mendapatkan khidmat jurulatih yang sedang meningkat naik, Zulaikha Nasser dan Afif Fathi.

“Pada November 2023, kami telah menjalin kerjasama strategik dengan AirAsia Brand Co. dengan inisiatif AllStars ‘Dare to Dream’,” katanya.

Ujar TBGA, kerjasama itu mengukuhkan reputasi mereka sebagai akademi golf terunggul di Malaysia dalam memacu kejayaan pelajar untuk membolehkan mereka terus memupuk bakat generasi seterusnya.

“Misi teras kami adalah untuk mewujudkan laluan kukuh ke arah biasiswa universiti di Amerika Syarikat, memastikan setiap pelajar dilengkapi untuk mencapai kecemerlangan dwi dalam sukan golf kompetitif dan akademik tinggi,” katanya.

 

Info pemain golf cemerlang TBGA

Nur Batrisyia Balqis

Nur Batrisyia

Kedudukan Dunia Golf Amatur – 1,031

  • Mewakili Malaysia dalam Dutch Open, Sukan Belia Asia – Bahrain, Hong Kong Junior
  • Juara Grand Final SportExcel
  • Juara Srixon Junior International
  • TSM Golf Challenge Edisi ke-14 2025 – Tempat ke-3

 

Ezekiel Riz Hafi

Ezekiel Riz Hafi

Kedudukan Dunia Golf Amatur – 1,795

  • Juara Kelayakan Persatuan Golf Profesional Malaysia (PGAM)
  • Juara Sabah Junior Open
  • Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) – Tempat ke-3

 

Nur Diana Syafiqah

Nur Diana Syafiqah

Kedudukan Dunia Golf Amatur – 890

  • Mazda International, Siam Country Club – Tempat ke-6
  • Mewakili Malaysia dalam Sukan Belia Asia – Bahrain dan Hong Kong Junior
  • Founder’s Cup Manila – Tempat ke-2

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI