PUTRAJAYA – Ombak Kitchen mempertaruhkan tiga nama pahlawan Melayu Melaka bagi memperkenalkan hidangan kombo mereka sebagai tarikan kepada orang ramai berbuka puasa pada harga serendah RM89 pada tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Sharita Loo berkata, nama Lekir, Jebat dan Tuah digunakan bagi membezakan hidangan premium pada menu baharu yang ditawarkan secara eksklusif bagi memberi kebebasan memilih dan citarasa pelanggan lebih bermakna.
Katanya, hidangan premium itu merangkumi Signature Seafood Boil, Singapore Chilli Live Crab, Signature Roasted Lamb dan Canadian Lobster Thermidor, serta free flow oyster, bufet pembuka selera, pencuci mulut dan minuman berharga antara RM89 hingga RM129.
“Kita juga memperkenalkan menu baharu hasil air tangan Cef Muhamad Izwan berinspirasikan hidangan laut gaya Barat yang lebih segar dan premium.
“Dengan tema tradisi berbuka, nikmat semeja, kita harap gabungan masakan Melayu tradisional dan sentuhan moden dapat memberikan kelainan dan kepuasan kepada pelanggan,” katanya.
Menurut Sharita, antara tarikan utama menu baharu ialah Seafood Boiled bersama Ombak Signature Cajun Sauce, à la carte, lobster, ikan siakap, Alaskan King Crab Leg dan Whole King Crab.
Tambahnya, Ombak Kitchen turut memperkenalkan konsep “Build Your Own Bucket” bagi memberi kebebasan kepada pelanggan mencipta kombinasi hidangan laut mengikut cita rasa sendiri.
“Kita juga menawarkan menu kanak-kanak dengan inisiatif Kids Eat for Free, serta hidangan sesuai untuk jamuan santai mahupun keraian istimewa,” katanya.
Ombak Kitchen beroperasi di pusat beli belah IOI City Mall Putrajaya. Selain itu, Ombak Kitchen juga mempunyai cawangan di Bukit Jelutong, Bangsar dan Setapak.














