fbpx
MBAPPE (kiri) berjaya mencetak satu gol ketika menewaskan Valencia awal pagi tadi.

Mbappe sama ‘level’ dengan Cristiano Ronaldo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

VALENCIA – Ketua jurulatih Real Madrid, Alvaro Arbeloa menganggap penyerang utama, Kylian Mbappe memiliki potensi untuk mengatasi kredibiliti Cristiano Ronaldo selepas membantu pasukan menang 2-0 ke atas Valencia dalam aksi La Liga awal pagi tadi.

Pada perlawanan itu, skuad The Galacticos terus memberi tekanan dalam perebutan kejuaraan liga musim apabila kekal hanya satu mata di belakang pendahulu, Barcelona selepas meraih jaringan menerusi penyudah Alvaro Carreras dan Mbappe.

Kata Arbeloa, kualiti yang dipamerkan Mbappe ketika ini sangat konsisten dan penyerang antarabangsa Perancis itu wajar dilabel sebagai pemain terbaik dunia.

“Tiada lagi kata-kata yang sesuai untuk gambarkan bakat Mbappe. Sebelum ini kami sangka tiada siapa mampu menyaingi Cristiano Ronaldo (sebagai penggempur terbaik sepanjang zaman Real), tetapi Mbappe berpotensi berada ke tahap tersebut.

“Ronaldo tidak seperti penyerang biasa tetapi jika ada mana-mana pemain yang mampu pecahkan rekodnya, saya yakin Mbappe adalah individu itu,” kata Arbeloa. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN