fbpx
Kebakaran di sebuah unit pangsapuri di Residensi Adelia, Persiaran Bangi Avenue, Kajang, malam tadi.

Simpan berkotak mercun untuk dijual punca letupan kondo di Bangi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAJANG – Letupan beberapa kotak mercun yang disimpan tanpa lesen di dalam sebuah unit kondominium di Bangi dipercayai menjadi punca kebakaran.

Dalam kejadian kira-kira 10.50 malam semalam, mercun yang dibeli dan disimpan untuk tujuan jualan oleh penyewa rumah itu dipercayai meletup sebelum api merebak dan memusnahkan keseluruhan unit.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Nazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut sebelum pasukan Bomba dan Penyelamat Bangi bersama anggota Balai Polis Bangi bergegas ke lokasi.

“Kebakaran berjaya dikawal tidak lama kemudian. Siasatan awal mendapati kebakaran berpunca daripada letupan beberapa kotak mercun yang disimpan tanpa sebarang lesen dan permit. Jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan itu, seorang lelaki warga tempatan berusia 33 tahun yang juga penyewa unit ditahan pukul 12.17 tengah hari tadi.

Beliau berkata, suspek yang bekerja sebagai peniaga, akan dibawa ke hadapan Majistret bagi permohonan reman untuk membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN