fbpx
Gambar hiasan

Kluster tibi: Satu kes dikesan di Pontian libatkan murid sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PONTIAN – Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Pontian mengesahkan satu lagi kes jangkitan tuberkulosis atau tibi membabitkan murid sekolah di daerah ini.

Kes terbaharu itu menjadikan tujuh kes tibi dikesan membabitkan murid di lima sekolah sekitar kluster tibi di Kota Tinggi sebelum ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, Aznan Tamin berkata, PKD Pontian telah mengambil tindakan segera dengan mengenal pasti semua kontak rapat yang terlibat.

Katanya, yang dikenal pasti telah dimaklumkan dan diminta hadir ke Klinik Kesihatan Pontian bagi menjalani saringan kesihatan mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Sebagai langkah pencegahan awal, tindakan sanitasi serta pembersihan menyeluruh akan dilaksanakan oleh PKD Pontian di kawasan-kawasan yang dikenal pasti berisiko,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, tular dimedia sosial mengenai surat yang dikeluarkan oleh PKD Pontian kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Pontian yang ditandatangani oleh Pegawai Kesihatan Kanan, PKD Pontian, Dr. Norli Rosli.

Surat itu dengan tajuk menjalankan saringan X-Ray kepada Kontek Kes Tibi yang diadakan pada 5, 6. 9. 10 Februari di Klinik Kesihatan (KK) Pontian.

Tambah Aznan, ini bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan warga sekolah serta komuniti setempat terus terpelihara.

“Dalam hal ini, semua pihak sekolah diingatkan agar sentiasa mematuhi arahan dan garis panduan KKM dari semasa ke semasa,”jelas beliau.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI