fbpx
Gambar hiasan

Kerajaan teliti cadangan naik taraf Darul Quran kepada universiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersedia mempertimbangkan cadangan supaya mewujudkan akta khusus bagi membolehkan Darul Quran dinaik taraf sebagai sebuah universiti.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli berkata, akta itu akan membolehkan Darul Quran membangunkan struktur pentadbiran, kurikulum dan sistem jaminan kualiti yang tersendiri.

Menurut beliau, kewujudan akta khusus bagi membolehkan Darul Quran dinaik taraf sebagai sebuah universiti juga dilihat selari dengan keperluan unik pendidikan tahfiz.

“Ia berpotensi memberikan kejelasan daripada aspek tadbir urus, kuasa autonomi dan hala tuju institusi dalam jangka panjang,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) sama ada kerajaan bercadang mewujudkan akta khusus untuk menaik taraf Darul Quran seperti institusi lain.

Marhamah berkata, implikasi cadangan itu terhadap penyelarasan dengan ekosistem pendidikan tinggi negara, keperluan pematuhan piawaian akreditasi serta perubahan struktur pelaporan namun perlu diteliti secara mendalam.

Beliau namun memberi jaminan, kerajaan bersikap terbuka untuk usaha menaik taraf Darul Quran dan perkara itu akan diperhalusi sebaiknya.

“Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Darul Quran sedang meneliti, mengkaji dan membuat penilaian khusus berhubung perkara itu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI