fbpx

‘Kenapa kalau meniaga, mesti semua makanan tak sihat?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon Datin Atikah Suhaimie berasa pelik melihat trend perniagaan makanan tempatan didominasi menu berat, berminyak serta manis hingga menyukarkan pencarian hidangan ringkas dan berasaskan sup.

Ujar Atikah atau nama sebenarnya Nur Atikah Mohd. Suhaimie, 35, kebanyakan peniaga dilihat lebih cenderung menjual makanan popular tanpa memikirkan pilihan sihat buat pengguna.

“Kenapa bila berniaga, kebanyakannya makanan tak sihat. Kek, pencuci mulut manis, nasi goreng atau goreng-gorengan pedas.

“Tak ada ke kedai jual sup-sup? Dulu di Singapura, saya gemar makan ban mian. Tapi di sini, kedai sup pula selalunya tidak halal,” katanya dalam Threads.

Tambah pelakon filem TanTiAna itu, keinginan menikmati hidangan ringkas seperti sup mi ikan sering terpaksa dipendam kerana sukar ditemui di luar.

“Saya cuma teringin sup mi ikan dan boleh pesan terus di kedai. Tapi setiap kali mengidam, saya terpaksa masak sendiri di rumah.

“Bila fikir balik, pilihan makanan kita memang banyak, tapi kebanyakannya berat dan berminyak,” luahnya.

Kata Atiqah, selera suaminya pula sangat berbeza hingga menjadikan situasi memilih menu harian lebih mencabar.

“Suami saya pula tak gemar sup. Dia lebih suka nasi dengan kuah banyak, nasi lemak dan makanan pedas waktu pagi.

“Makan pedas ni memang sudah jadi budaya masyarakat Malaysia ke?,” soalnya.

Luahan jujur pelakon asal Singapura itu mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan netizen yang rata-ratanya bersetuju dengan pandangan tersebut.

“Betul, susah cari kedai sup ringkas tapi halal. Selalu kena masak sendiri,” tulis seorang pengguna media sosial.

“Pagi-pagi sudah makan pedas dan berat, memang budaya kita,” komen seorang lagi netizen.

“Kalau ada kedai sup sihat, memang laku sebenarnya,” ujar seorang netizen lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI