fbpx
Holgado diperkenalkan oleh kelab Coquimbo Unido hari ini.

Karier Holgado, Palmero kembali ‘bernyawa’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PEMAIN warisan Harimau Malaya dari Sepanyol, Gabriel Palmero sah ‘balik kampung’ ke kancah Liga Malaysia (Liga M) buat kali pertama dalam kariernya selepas menyertai Kuching City FC pada baki saingan musim ini.

Perkembangan itu disahkan oleh pengurusan The Cats menerusi hantaran Facebook semalam yang menyaksikan pertahanan tersebut menjadi pemain warisan terbaharu menabur bakti di tanah air.

 

Gabriel Palmero menyertai Kuching City bagi harungi kempen Liga M musim ini.

Here We Go! (Sekarang boleh dedahkan). Gabriel Palmero adalah Kuching City,” menurut kenyataan ringkas di laman Facebook rasmi kelab semalam.

Sebagai rekod, Palmero merupakan antara tujuh pemain warisan yang digantung Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) selama 12 bulan susulan dakwaan pemalsuan dokumen sebelum hukuman itu ditangguhkan sementara oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

Bagaimanapun, penangguhan yang dilakukan CAS sudah terlewat apabila kontraknya bersama dua kelab liga bawahan Sepanyol, CD Tenerife dan Unionistas de Salamanca CF ditamatkan serta-merta pada Disember lepas.

Kehadiran Palmero yang kini berusia 23 tahun pastinya menguatkan lagi skuad kendalian Aidil Sharin Sahak itu yang memburu kedudukan No. 2 Liga Super musim ini.

Selain Palmero, tiga lagi pemain warisan yang dihukum, Jon Irazabal, Hector Hevel dan Joao Figueiredo sudah lebih awal beraksi dalam kancah Liga M mewakili Johor Darul Ta’zim (JDT) sejak tahun lalu.

Tiga lagi pemain, Facundo Garces masih bersama Deportivo Alaves dan Imanol Macucha kekal dengan kelab Argentina, Velez Sarsfield, manakala Rodrigo Holgado menyertai kelab Chile, Coquimbo Unido secara pinjaman hari ini.

 

Keputusan rayuan yang dikemukakan oleh semua pemain ini termasuk Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan diketahui menerusi persidangan CAS pada 26 Februari depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN