fbpx
Cef Muhammad Azwan menunjukkan makanan laut segar yang akan dijadikan hidangan utama dalam menu stimbot di Restoran Kagayaki di Johor Bahru baru-baru ini.

Restoran Kagayaki tawar bufet stimbot premium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Berdepan dengan situasi ekonomi yang semakin sukar dan mencabar kini memerlukan satu kelainan dan model perniagaan yang berbeza agar ia dapat memenuhi keperluan serta cita rasa pelanggan.

Ia lebih tertumpu dalam bidang makanan dan minuman (F&B) yang cepat mengalami trend perubahan mengikut perubahan gaya hidup masyarakat dan turut disokong oleh bajet pengguna.

Bagi mereka yang berpendapatan tinggi pastinya memilih segmen restoran yang bersesuaian dengan taraf kehidupan mereka tetapi lain pula bagi mereka daripada golongan M40 dan juga B40, tetapi tidak kira apa juga latar belakang masyarakat, ia semua­nya menyumbang kepada kitaran pengembangan ekonomi yang sihat.

Begitu juga dengan sebuah syarikat yang mengusahakan Restoran Kagayaki Steamboat & Grill (Kagayaki) yang menampilkan sebuah restoran premium dalam suasana hotel bertaraf antarabangsa berkonsepkan moden dan elegan.

Restoran yang mula bero­perasi pada awal tahun ini dan terletak di Aras M, Grand Paragon Hotel di sini dilihat sebagai pelaburan baharu yang berpotensi merancakkan lagi ekosistem ekonomi setempat.

Operator pengoperasian perniagaan yang dikemudikan oleh sebuah syarikat bumiputera itu berkeyakinan terhadap hala tuju restoran tersebut untuk fasajangka panjang kerana ia memiliki keunikannya tersendiri melalui sambutan yang baik diterima daripada pelanggan bukan sahaja daripada penduduk setempat tetapi juga dari negara jiran.

 

Ketua Cef restoran tersebut, Cef Muhammad Azwan Abdul Latif optimis terhadap tawaran bufet berkualiti tinggi kepada pelanggannya sehinggakan premis tersebut terus dikunjungi oleh pelancong domestik dan antarabangsa yang kembali me­ngunjungi Johor Bahru.

Menurut beliau, pelaburan pembukaan restoran tersebut melibatkan kos signifikan meliputi pengubahsuaian ruang, sistem dapur moden, import bahan mentah premium serta latihan tenaga kerja tempatan.

“Kami mahu menawarkan pengalaman berbeza berbanding restoran stimbot biasa.

“Konsep cozy dalam hotel memberi nilai tambah kepada pelanggan yang mahukan keselesaan dan privasi,” katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Tarikan utama premis itu adalah resepi sup yang dirumus khas oleh Muhammad Azwan termasuk Sup Ayam Kolagen dan Sup Mala yang menjadi identiti jenama berkenaan.

Selain itu, pilihan sup tomyam, Kimchi, tomato dan sup ayam turut disediakan bagi memenuhi cita rasa pelanggan pelbagai peringkat umur serta latar belakang.

Kagayaki menawarkan pakej bufet RM88 yang menampilkan hirisan daging premium diimport dari Australia dan Amerika Syarikat dengan konsep isian semula tanpa had.

Bagi segmen pelanggan berpendapatan lebih tinggi, pakej premium RM138 diperkenalkan dengan tambahan menu ala carte seperti USA Bone-in Ribs dan USA Short Plate.

Tambah beliau yang berpe­ngalaman luas dalam bidang F&B itu, strategi penetapan harga itu disifatkan seimbang kerana me­nyasarkan golongan profesional, keluarga serta pelancong yang mencari kualiti berbanding harga semata-mata.

 

Jelas beliau, kehadiran makanan laut segar seperti oyster, scallop, udang sungai dan king crab pula dijangka mampu menarik pengunjung dari Singapura yang terkenal dengan kuasa beli lebih tinggi.

Seiring perkembangan digital, restoran yang mengamalkan penggunaan sistem pesanan digital melalui kod QR di setiap meja turut mencerminkan adaptasi teknologi dalam operasi perniagaan, sekali gus mengurangkan kos tenaga kerja.

Restoran tersebut turut ­menyediakan bilik orang kenamaan (VIP) berkapasiti 30 orang yang menyasarkan pasaran acara korporat, sambutan hari lahir dan majlis makan malam tertutup.

Langkah itu dilihat strategik kerana segmen tempahan berkumpulan lazimnya memberi pulangan lebih stabil berbanding pelanggan walk-in. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN