fbpx
GAMBAR tidak bertarikh disiarkan Jabatan Kehakiman pada 30 Januari lalu menunjukkan Epstein di lokasi yang tidak didedahkan. – AFP

Jeffrey Epstein biayai peneroka Yahudi, derma kepada tentera Israel 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON –  Dokumen disiarkan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat(AS)  mendedahkan bahawa bilionair Jeffrey Epstein telah membuat sumbangan kepada tentera Israel dan membantu membiayai aktiviti penempatan haram Yahudi, lapor agensi berita Anadolu seperti petikan laman berita Arab News.

Semakan dokumen cukai  difailkannya pada 2005 menunjukkan Epstein memberikan sokongan kewangan kepada tentera Israel dan peneroka Yahudi yang merampas tanah Palestin.

Dokumen  itu menunjukkan pada 3 Mac 2005, Epstein mendermakan AS$25,000 (RM98,300) kepada badan Rakan Tentera Pertahanan Israel.

Dia juga memberikan AS$15,000 (RM58,980) kepada Dana Nasional Yahudi yang membiayai peneroka di Tebing Barat, selain AS$5,000 (RM19,660) kepada Majlis Nasional Wanita Yahudi.

E-mel yang dihantar Epstein pada 20 Mei 2012  kepada individu yang tidak dinamakan mendedahkan dia berkata: “Palestin tidak pernah wujud dalam sejarah.”

“Palestin tidak pernah menjadi negara Arab secara eksklusif, walaupun bahasa Arab beransur-ansur menjadi bahasa sebahagian besar penduduk setelah pencerobohan Muslim pada abad ketujuh. Tiada negara Arab atau Palestin merdeka pernah wujud di Palestin,” kata mendiang.

Pada 31 Januari lalu, Timbalan Peguam Negara AS,  Todd Blanche mengumumkan pendedahan lebih  tiga juta fail baharu kepada orang ramai sebagai sebahagian daripada siasatan kes Epstein.

Epstein yang merupakan  seorang ahli perniagaan Amerika, dituduh mengendalikan rangkaian besar eksploitasi seksual kanak-kanak bawah umur, sebahagiannya seawal 14 tahun. 

Dia ditemui mati di penjara New York pada 2019 semasa dalam tahanan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN