fbpx
PEMAIN Indonesia kelihatan kecewa terlepas untuk merangkul Piala Futsal AFC. - MERDEKA .COM

Garuda hampir cipta sejarah baharu Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Impian Indonesia untuk menjulang gelaran sulung Piala Futsal AFC 2026 tidak kesampaian apabila tewas tipis 4-5 kepada Iran menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 5-5 pada aksi final di Indonesia Arena, Jakarta malam kelmarin.

Di sebalik kekecewaan itu, kejohanan bersejarah berkenaan tetap meninggalkan legasi besar buat tuan rumah dengan penjaga gol, Ahmad Habiebie muncul watak utama kebangkitan futsal Indonesia selepas dinobatkan sebagai Penjaga Gol Terbaik Kejohanan.

Ahmad, 25, memainkan peranan penting membawa Garuda ke final buat kali pertama dalam sejarah, termasuk memulakan kempen dengan cemerlang apabila mencatat rekod tanpa bolos dalam kemenangan 5-0 ke atas Korea Selatan pada aksi pembukaan peringkat kumpulan.

“Anugerah ini sesuatu yang tidak saya jangka. Saya sangat bersyukur dan berharap ia boleh menjadi titik perubahan buat futsal Indonesia supaya kami terus berkembang dan menjadi lebih baik pada masa depan,” kata Ahmad.

Indonesia hanya dibolosi empat gol sepanjang peringkat kumpulan, namun kehebatan sebenar Ahmad terserlah pada fasa kalah mati apabila mempamerkan aksi luar biasa menentang Vietnam dan Jepun memastikan tiket ke final menjadi milik tuan rumah.

Refleks pantas, ketenangan tinggi serta deretan aksi menyelamat kritikal Ahmad menjadi benteng ampuh Garuda, termasuk ketika berdepan tekanan bertubi-tubi dalam final menentang Iran yang juga kuasa besar futsal Asia.

Pada perlawanan penentuan itu, Indonesia mempamerkan semangat juang luar biasa sehingga terikat 5-5 selepas masa sebenar dan masa tambahan, sebelum pengalaman Iran akhirnya menjadi pemisah dalam situasi penalti.

Meskipun terlepas gelaran, kekalahan tersebut tidak memadam hakikat bahawa Indonesia berjaya memberikan tentangan sengit buat pasukan paling dominan di Asia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN