fbpx
PERTEMBUngan watak-watak ikonik, Kahar, Inspektor Khai dan Inspektor Sani dalam video pendek ASCU memberi satu harapan baharu terhadap lanskap kreativiti pembikinan karya bawah ASCU. – FIRDAUS JOHARI

‘First Look’ sudah gempak, Sofyank harapan ASCU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

INDUSTRI perfileman tanah air diangkat ke satu tahap lebih tinggi apabila Astro Shaw melancarkan video pertama projek Astro Shaw Cinematic Universe (ASCU) yang diumumkan pada akhir tahun 2024.

Video berdurasi tiga minit tersebut membuatkan ramai kagum dengan kehebatan penggunaan teknologi dengan menggabungkan beberapa watak popular iaitu Amir Ahnaf dari filem Kahar: Kapla High Council dan Zizan Razak bersama Shaheizy Sam menerusi Polis Evo.

‘First Look’ tersebut tidak terikat dengan mana-mana filem atau siri premium sebelum ini sebaliknya sebagai permulaan kepada dunia ASCU yang bakal berevolusi dengan perkembangan watak serta idea baharu.

Menurut Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, ASCU mencerminkan aspirasi pihaknya dalam menghasilkan karya bertaraf antarabangsa sekali gus menetapkan penanda aras baharu kualiti kandungan buatan Malaysia.

“Insya-Allah, universe ini akan terus berkembang dengan meneroka lebih banyak perkara baharu.

“Cinematic Universe membolehkan lebih banyak pengkarya baharu menyertai dan menghubungkan karya mereka dengan perancangan yang telah kami susun.

“Jadi, kami sentiasa mencari peluang untuk bekerjasama dengan generasi pembikin filem baharu. Sebab itulah ‘first look’ ini dihasilkan oleh generasi pembikin filem yang mempunyai idea lebih segar dan terkini,” katanya kepada HibGlam.

Mengulas mengenai pemilihan gabungan pencipta kandungan, Sofyank dengan pengarah fotografi dan pengarah kreatif, Mshaffuan dalam penghasilan video pertama Cinematic Universe, dia mengakui tiga anak muda itu memiliki bakat yang luar biasa.

“Menerusi projek ini, kami mencari pembikin filem yang mempunyai visi untuk menaikkan mutu produksi karya tempatan dan melangkah ke tahap seterusnya.

“Walaupun mereka masih muda, cerita dan kandungan berkualiti tinggi yang mereka hasilkan sangat mengagumkan.
“Insya-Allah, kami sentiasa meneroka peluang untuk bekerjasama dengan Sofyank, Nicholas dan semua bakat lain. Seiring dengan perjalanan masa, kami akan berkongsi lebih banyak perkara mengenainya,” ujarnya.

Pengarah Kreatif dari Astro Shaw, Alfie Palermo pula berkata, ASCU juga menjadi ruang karya menggabungkan beberapa watak popular dalam filem berbeza.

“Video yang kami lancarkan itu memaparkan bagaimana beberapa watak ikonik disatukan dalam satu dunia yang sama tetapi pada masa yang sama, setiap karakter masih mempunyai cerita tersendiri tanpa menjejaskan identiti mereka.

“ASCU merupakan satu usaha untuk menggabungkan harta intelek (IP) atau filem yang berbeza. Seperti komik Marvel atau DC. Kita ada Batman dan Superman, tetapi ada titik-titik tertentu di mana mereka bertemu dalam acara ‘crossover’.

“Jadi, kami mengambil pendekatan yang hampir sama dan ini merupakan kali pertama dicuba di Malaysia,” ujarnya.

Sementara itu, Sofyank pula mengakui berdepan cabaran besar apabila perlu menyatukan tiga watak popular dalam sebuah video berdurasi kurang empat minit.

“Cabaran sebenar apabila perlu mempertemukan ketiga karakter dalam satu pertemuan yang tidak disengajakan dan tak nampak terlalu pelik.

“Bagi saya, Astro Shaw sangat terbuka menerima kreativiti dan sentiasa percaya pada jalan cerita yang diberikan pengkarya lain,” jelasnya.

Dia juga turut mengakui penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) banyak membantu mempercepatkan proses suntingan video ‘first look’ tersebut.

“Contohnya, babak bas meletup dalam video tersebut, letupan bas. Sebelum wujud AI, saya kena gunakan imaginasi untuk bayangkan macam mana rupa bas bila dah hancur akibat meletup.

“Tapi dengan AI, saya boleh ‘prompt’ rupa bas hancur dan gunakan struktur itu sebagai rujukan. Teknologi itu sangat mempercepatkan proses suntingan dan 50 peratus lebih laju,” kongsinya.

ASCU bakal menghimpunkan pelbagai filem dan siri premium yang diinspirasikan daripada francais popular seperti Polis Evo, Keluang Man dan High Council Universe.

Antara judul yang diumumkan termasuk Polis Evo 4, francais Keluang Man seperti Keluang Man, Baling, Patani, Keluang Man 2, Besut dan Kataha serta siri premium Kudrat 1968 dari High Council Universe.

Astro Shaw juga merancang untuk menghasilkan gabungan filem besar pada 2028 yang akan menghimpunkan watak-watak utama daripada pelbagai naratif.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI