fbpx
KEMALANGAN di Kilometer 96.4, Jalan Kuala Kangsar-Pengkalan Hulu di Gerik hari ini yang mengorbankan pasangan suami isteri. - FOTO MEDIA SOSIAL

Dua kakitangan MBPJ maut kemalangan di Gerik.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GERIK – Sepasang suami isteri maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan termasuk kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 96.4, Kuala Kangsar-Pengkalan Hulu di Gerik hari ini.

Nahas tersebut mengorbankan dua kakitangan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Ahmad Mir Hakim Abdul Haziman, 38, dan Nurul Alia Razak, 33, di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Abdul Samad Othman berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada pukul 2.45 petang membabitkan sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux dan dua motosikal jenis Yamaha Xmax.

Katanya, ketika kejadian, Toyota Hilux dipandu lelaki berusia 35 yang dalam perjalanan dari arah Gerik ke Pengkalan Hulu telah bertembung dengan motosikal dinaiki mangsa yang datang dari arah bertentangan.

“Pada masa sama, sebuah lagi motosikal dinaiki seorang lelaki dan pembonceng wanita berusia 37 tahun yang berada di belakang motosikal mangsa tidak sempat mengelak lalu terbabas masuk ke dalam longkang.

“Kemalangan itu mengakibatkan pemandu Toyota Hilux cedera tangan kanan manakala penumpangnya tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Penunggang dan pembonceng motosikal pertama disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian sementara penunggang motosikal kedua mengalami patah tulang bahu kanan dan pemboncengnya patah paha kiri,” katanya di Gerik hari ini.

Menurut, mayat kedua-dua mangsa yang meninggal dunia dibawa ke Unit Forensik Hospital Gerik untuk tindakan lanjut manakala mangsa yang cedera sedang menerima rawatan di hospital sama.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN