fbpx
PENYERANG DPMM, Jordan Murray (kanan) diasak pemain Kuching City pada suku akhir pertama Piala Malaysia kelmarin. - KUCHING CITY FC

DPMM FC belum kibar bendera putih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENGENDALI DPMM FC, James McAllister terpaksa mengakui kualiti Kuching City FC selepas skuad kendaliannya tewas 1-3 pada aksi pertama suku akhir Piala Malaysia di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Brunei kelmarin.

Bagaimanapun, McAllister mahu kekal positif dan menjelaskan kelebihan dua gol dimiliki The Cats belum menjamin apa-apa, sebaliknya bertekad untuk mencipta kejutan pada perlawanan kedua di Kuching, Sabtu ini.

“Kuching City memiliki pemain yang bagus, lihat saya kepada jentera tengah mereka dan lihat juga persembahan mereka dalam liga. Secara berpasukan, mereka sudah bersama dalam tempoh lama, jadi mereka pastinya ada keserasian.

“Namun, saya fikir kami bermain dengan baik dan mampu cipta peluang untuk menjaringkan gol. Malangnya gol kedua Kuching City mengubah permainan dan gol ketiga memberi tamparan kepada kami,” katanya.

Semua gol Kuching City terhasil menerusi Jerome Mpacko Etame, Ramadhan Saifullah dan gol sendiri penjaga gol DPMM FC, Haimi Nyaring.

Kapten The Cats, James Okwuosa turut dipalit kecewa dengan jaringan sendiri menghadiahkan gol sagu hati buat tuan rumah.

McAllister juga tidak menganggap pasukannya bernasib baik kerana mampu mendapatkan satu gol menerusi jaringan sendiri Okwuosa, sebaliknya menegaskan ia terhasil daripada kerja keras semua pemain.

“Memang ia adalah gol sendiri (jaringan tunggal DPMM), namun ia terhasil daripada tekanan yang kami berikan. Seperti saya katakan, ini boleh dianggap sebagai ‘separuh masa’ dan kami tidak sabar untuk hadapi perlawanan kedua,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN