MENGAMBIL keputusan untuk tampil di pentas Dewi Remaja 2025 merupakan satu langkah berani bagi Nylea Adzlan untuk mengembangkan lagi potensi yang ada dalam dirinya. Lebih membanggakan, dia yang juga merupakan siswi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja 2025. Nylea Adzlan yang lebih dikenali dengan nama pentas Nylea Aelyn berkata, dia gembira dengan kemenangannya itu dan menganggap segala usahanya untuk pertandingan itu akhirnya membuahkan hasil. “Ketika menyertai pertandingan ini saya tidak meletakkan sasaran sebagai juara kerana……














