fbpx
GAMBAR fail 7 Disember 2023 menunjukkan Datuk Bandar Jindo, Kim Hee-soo – YONHAP

Datuk bandar di Korea Selatan cadang ‘import’ gadis Asia Tenggara tambah populasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEOUL – Pentadbiran sebuah wilayah di Korea Selatan memohon maaf selepas seorang datuk bandarnya  mencadangkan mengimport wanita muda dari Asia Tenggara untuk meningkatkan kadar kelahiran di negara itu.

Datuk Bandar Jindo, Kim Hee-soo  berkata minggu lalu bahawa kawasan pedalaman boleh menangani masalah penyusutan populasi dengan menggandingkan lelaki bujang dengan wanita yang dipujuk datang dari Vietnam atau Sri Lanka.

“Kita harus mengimport wanita muda dari Vietnam atau Sri Lanka supaya lelaki muda di kawasan luar bandar boleh mengahwini mereka,” katanya pada satu mesyuarat.

Kenyataan itu dikecam media tempatan dan mencetuskan tindak balas diplomatik termasuk  aduan rasmi daripada kedutaan Vietnam di Seoul.

Kerajaan wilayah Jeolla Selatan  yang menyelia daerah Kim berusaha untuk meredakan kontroversi yang memuncak pada hujung minggu lalu itu.

“Kami memohon maaf atas kenyataan tidak sesuai dibuat Datuk Bandar Jindo, yang menyakiti hati rakyat Vietnam dan wanita secara amnya.

“Perkataan ‘import’  yang digunakan Hee-soo melanggar maruah manusia dan menjadikan wanita sebagai objek,” kata seorang  jurucakap kerajaan pada Sabtu lepas sambil menambah, penggunaannya tidak wajar dalam apa jua keadaan’.

He-soo juga memohon maaf dan  mengaku bahawa beliau telah menggunakan perkataan yang ‘tidak sesuai’.

Korea Selatan mempunyai kadar kelahiran antara paling rendah di dunia, dan membelanjakan berbilion-bilion dolar dalam usaha menggalakkan wanita mempunyai lebih ramai anak bagi  mengekalkan kestabilan populasi.

Beberapa unjuran menganggarkan bahawa pada kadar semasa, populasi Korea Selatan akan berkurangan hampir separuh kepada 26.8 juta orang menjelang akhir abad ini. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN