fbpx
Gambar hiasan

Cuaca lebih lembap di Sabah, Sarawak selama 4 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan keadaan cuaca lebih lembap dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak selama empat hari bermula 11 hingga 14 Februari ini.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Dr. Mohd. Hisham Mohd. Anip berkata, keadaan tersebut berpunca daripada luruan angin timuran yang dijangka memasuki rantau negara berdasarkan analisis model-model ramalan cuaca.

“Keadaan ini berpotensi mengakibatkan cuaca lebih lembap terutamanya di timur dan utara Sabah serta utara Sarawak sepanjang tempoh berkenaan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan agar sentiasa peka dengan perubahan cuaca dan mendapatkan maklumat terkini serta sahih melalui laman web rasmi www.met.gov.my, media sosial rasmi MET Malaysia atau dengan memuat turun aplikasi myCuaca. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI