fbpx
Tangkap layar rakaman CCTV memaparkan sekeluarga merembat tester minyak wangi berjenama di Mid Valley, Kuala Lumpur.

Buat-buat garu lepas itu rembat minyak wangi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang peniaga meluahkan rasa tidak puas hati selepas mendakwa seorang lelaki dipercayai mencuri ‘tester’ minyak wangi berjenama di premisnya di Mid Valley di sini.

Menerusi hantaran di Threads, Tyalavida mendakwa suspek pernah datang beberapa kali ke kedainya dengan modus operandi menggunakan isteri dan anak untuk mengalih perhatian sebelum mengambil barangan.

Malah, beliau memberitahu memiliki rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) sebagai bukti.

Rata-rata netizen mengecam tindakan lelaki tersebut, menyifatkan perbuatannya sebagai tidak bertanggungjawab dan memalukan.

“Tolong sesiapa yang mengenali keluarga ini, sila hubungi saya melalui DM. Kedai kami turut menjadi sasaran apabila dia mencuri ‘tester’,” kata Khaleda Idrus.

“Nampak seperti hidup sederhana dan mampu membeli, tetapi mencuri tetap menjadi pilihannya. Apabila sudah terbiasa mencuri, dia langsung tidak memikirkan akibatnya,” komen Aehomesdecor

“Mungkin isteri dan anaknya langsung tidak mengetahui bahawa dia terlibat dengan perbuatan mencuri,” tulis Mshoneyjourney. – KOSMO! ONLNE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI