fbpx
Tangkap layar kejadian berkenaan.

Berhenti tengah jalan demi pisang goreng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Hanya kerana pisang goreng, seorang pemandu pacuan empat roda mencetuskan amarah pengguna jalan raya apabila nekad berhenti di tengah jalan sehingga mengganggu aliran trafik.

Kejadian yang dipercayai berlaku di Bangsar South itu menunjukkan pemandu berkenaan memasang lampu isyarat kecemasan sebelum berhenti sepenuhnya, selain tidak mengendahkan bunyi hon daripada kenderaan di belakang.

Lelaki tersebut kemudian dilihat keluar dari kenderaan dan berjalan menuju ke sebuah trak makanan di tepi jalan, dipercayai untuk membeli pisang goreng.

Tindakan itu mencetuskan kecaman netizen yang menyifatkannya sebagai tidak bertanggungjawab serta berisiko membahayakan pengguna jalan raya lain.

“Semua orang salahkan pemandu, tapi tak ada seorang pun persoalkan kawasan jualan pisang goreng itu,” tulis pengguna akaun Fiq97.

“Penjual itu yang salah… kat situ tak boleh jual,” komen Ambang Wati.

“Jalan sesak ni patut tak boleh meniaga, ganggu pengguna jalan raya,” kata Fuad Pendekar.. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN