fbpx
Keluarga mangsa wanita yang hadir di Unit Forensik Hospital Shah Alam.

Bakar arang tamatkan riwayat?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Sepasang kekasih yang ditemui keadaan reput dalam sebuah rumah sewa mereka di U13, Setia Alam didakwa menamatkan riwayat mereka menggunakan pembakaran arang.

Perkara itu dimaklumkan kenalan salah sebuah keluarga mangsa yang datang bagi pengurusan mayat.

Lelaki berusia 60an memaklumkan kedua-dua mangsa merupakan peniaga dalam talian dan dipercayai tinggal di kediaman tersebut sejak tiga bulan lalu.

“Mereka disyaki bunuh diri dengan membakar arang. Saya datang ini untuk bantu urusan mayat ,” katanya ketika ditemui di pekarangan unit forensik Hospital Shah Alam di sini hari ini.

Usaha menemubual kedua-dua keluarga mangsa gagal selepas mereka enggan memberikan sebarang ulasan.

Mayat lelaki tersebut difahamkan akan dibakar di sekitar daerah ini sebelum dibawa ke kampung halamannya di Pulau Pinang.

Sementara, mayat wanita akan dihantar ke Taman Memorial di Setia Alam.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, kedua–dua mayat berada di dalam sebuah bilik di tingkat bawah dan mayat mereka telah mereput.

“Tiada sebarang kecederaan pada bahagian tubuh badan kedua-dua simati. Mereka dianggarkan telah meninggal dunia sejak seminggu lalu.

“Setakat ini, kertas siasatan dibuka di bawah mati mengejut (SDR). Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat iaitu Ketua Polis Balai Seksyen 6, Inspektor Izzman Mohd. Idrus di talian 013-4003355,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN