fbpx
Aliesha Hanni tidak pulang ke rumah di Apartment Laguna Biru 1, Rawang sejak Sabtu lalu. - Foto PDRM

Aliesha Hanni hilang dari rumah sejak tiga hari lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI BULOH – Polis memohon kerjasama orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd. Hafiz Muhammad Nor berkata, laporan kehilangan remaja tersebut dibuat oleh bapanya pada pukul 1.22 pagi semalam.

Menurut beliau, lelaki itu memaklumkan anak perempuannya, Aliesha Hanni Abdullah disedari tiada di rumah sejak pukul 10 pagi Sabtu.

“Remaja berkenaan kali terakhir dilihat di Blok F-1-1-8, Apartment Laguna Biru 1, Taman Tasik Biru Kundang, Rawang.

“Ketika kali terakhir dilihat, mangsa memakai baju T berlengan panjang berwarna gelap, seluar jeans biru gelap serta kasut berwarna putih. Remaja itu mempunyai ketinggian kira-kira 155 sentimeter, berat 57 kilogram, berkulit putih dan berambut lurus paras bahu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat, Sarjan Muhammad Rais Azmi di talian 016-949 5707 bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN