fbpx
Ishak (tengah) menunjukkan ketulan ganja yang dirampas di dalam sebuah kereta pada sidang akhbar di Cawangan Penguatkuasaan JKDM Pengkalan Kubor, Tumpat hari ini. Foto KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/KOSMO!

59kg ganja dijumpai dalam bungkusan baju bundle

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TUMPAT – Tanda tanya mengenai sebuah kereta yang ditinggalkan dalam keadaan mencurigakan selama lebih sehari di kawasan Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor di sini terjawab apabila Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan menjumpai hampir 59 kilogram (kg) ketulan ganja mampat dalam bungkusan baju terpakai atau bundle di dalam kenderaan tersebut kira-kira dua minggu lalu.

Rampasan dadah bernilai lebih RM182,481 itu dijalankan kira-kira pukul 5.30 pagi pada pada 25 Januari lalu selepas anggota penguat kuasa JKDM Pengkalan Kubor memeriksa sebuah kereta jenis Perodua Bezza.

Dr. Ishak Ismail yang Menanggung Tugas-Tugas Pengarah JKDM Kelantan berkata, sepasukan anggota penguat kuasa kastam pada awalnya mengesan kereta tersebut ditinggalkan dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan dekat zon bebas cukai itu.

Menururnya, pemeriksaan lanjut ke atas kereta itu dengan bantuan anjing pengesan Unit Narkotik Cawangan Penguatkuasaan Rantau Panjang kemudian menjumpai hampir 59 kg ketulan ganja mampat.

“Kesemua dadah itu disembunyikan bersama bungkusan baju bundle yang bertujuan untuk mengaburi mata pihak berkuasa.

“Modus operandi itu digunakan oleh sindiket penyeludupan dadah selepas menyeludup dadah masuk ke negara ini melalui Sungai Golok,” katanya pada sidang akhbar di Cawangan Penguatkuasaan JKDM Pengkalan Kubor di sini hari ini.

Ishak memberitahu, pihaknya sudah membuat intipan dan pemerhatian terhadap pergerakan kereta tersebut selama tiga minggu sebelum menjalankan serbuan.

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati, kereta tersebut disewa oleh sindiket penyeludupan untuk membawa kesemua dadah tersebut selepas dibawa masuk dari negara jiran.

Tambahnya, JKDM Kelantan sedang giat memburu suspek yang terlibat dalam kes itu dan kes kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI