fbpx
VAN PERSIE ketika ini membimbing Feyenoord dalam saingan Eredivisie Belanda. - AFP

Van Persie layak ganti tempat Carrick

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Legenda bola sepak Belanda, Ruud Gullit percaya bekas penyerang berbisa Manchester United, Robin van Persie wajar berada dalam senarai calon akhir untuk menjadi pengurus baharu kelab itu pada musim depan.

Sebagai rekod, The Red Devils ketika ini mencari pengendali baharu selepas memecat Ruben Amorim bulan lalu dengan Michael Carrick diberikan kontrak jangka pendek sehingga hujung musim ini.

Meskipun berjaya membantu United kembali mempamerkan prestasi ampuh, pengurusan tertinggi masih tidak mempercayai bakat dan kemampuan Carrick dengan meneliti beberapa jurulatih ternama seperti Carlo Ancelotti, Thomas Tuchel serta Luis Enrique.

Namun, Gullit menyifatkan nama Van Persie turut layak diletakkan sebaris dengan jurulatih berpengaruh lain kerana berjaya berikan impak ketika mewakili United sebelum ini.

“Saya anggap impian menjadi realiti jika Van Persie menjadi pengurus United pada masa depan. Secara peribadii, saya sangat berharap ia dapat berlaku.

“Walaupun Van Persie agak bergelut membimbing Feyenoord ketika ini, ia tidak menjejaskan reputasinya sebagai jurulatih berbakat. Dia perlu diberikan masa seperti Sir Alex Ferguson dahulu,” katanya.

Van Persie berhijrah dengan penuh kontroversi ke United dari Arsenal pada 2012 dan segera mencipta impak apabila menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2012/2013 ketika dibimbing Ferguson. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN