DALAM landskap automotif ke arah elektrifikasi, teknologi plug-in hybrid (PHEV) muncul sebagai solusi peralihan paling praktikal. Chery Tiggo 8 yang dilancarkan pada Oktober tahun lalu menjadi model yang menarik perhatian kerana ia bukan sekadar kenderaan utitiliti sukan (SUV) keluarga bersaiz besar tetapi turut dilengkapi teknologi hibrid terkini. SUV dengan konfigurasi tujuh tempat duduk itu menggabungkan kecekapan elektrik dan fleksibiliti enjin petrol. Ini sekali gus menawarkan pengalaman pemanduan yang lebih praktikal untuk kegunaan harian dan perjalanan jarak jauh. Tiggo 8 PHEV……














