PUTRAJAYA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dilaporkan menjadi mangsa penderaan ibu kandung sendiri yang didera secara fizikal apabila dihentak kepala ke dinding dan ditoreh di bahagian paha. Lebih menyayat hati, kanak-kanak itu turut ditumbuk di kedua belah mata dan patah gigi, malah turut berdepan trauma emosi pada usia muda. Pendedahan itu dibuat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selepas menyelamatkan kanak-kanak itu di ibu negara baru-baru ini sebelum menempatkannya di salah sebuah institusi kebajikan di Kuala Lumpur bagi tujuan perlindungan.……














