fbpx
Ekzos-ekzos yang disita dimusnahkan di Balai Polis Koh Samui. - Naewna

Lebih 600 ekzos bising hancur kena lenyek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Polis Thailand memusnahkan lebih 600 ekzos diubah suai secara ekstrem yang disita daripada samseng jalanan sebagai sebahagian daripada operasi membanteras pencemaran bunyi dan pemanduan berbahaya dalam komuniti, lapor portal berita Thaiger. 

Ekzos-ekzos tersebut dirampas semasa sekatan jalan raya dan operasi yang menyasarkan motosikal diubah suai sejak beberapa minggu kebelakangan ini. 

Sebilangan ekzos menelan kos sehingga 5,000 baht (RM630), manakala harga termurah adalah lebih 1,000 baht (RM125). 

Harga tersebut menggambarkan jumlah yang dibelanjakan oleh penunggang motosikal untuk pengubahsuaian secara haram, lapor portal berita Naewna. 

Superintendan Balai Polis Koh Samui, Kolonel Polis Panya Nirtimanon berkata, pemusnahan ekzos itu selaras dengan dasar negara untuk menyekat perlumbaan haram dan mengurangkan gangguan awam. 

“Ekzos yang bising bukan sahaja menghasilkan pencemaran bunyi tetapi turut menyumbang kepada tingkah laku pemanduan berbahaya yang sering menyebabkan kemalangan dan kehilangan nyawa atau harta benda,” kata Panya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI